Monday 17 October 2011

Salasilah Kesultanan Selangor mulai 1756

Salasilah Kesultanan Selangor




KESULTANAN Selangor bermula seawal tahun 1756 apabila ia berada di bawah pemerintahan Raja Lumu yang menjadi Yang Dipertuan Besar Selangor dan bergelar Sultan Salehuddin Shah (1).
Biarpun berasal dari kalangan orang Bugis, kesultanan baginda diiktiraf oleh Sultan Perak pada pertengahan kurun ke-18 yang turut membawa kepada pembebasan negeri Selangor daripada kekuasaan kerajaan Johor.

Pemerintahan Sultan Salehuddin berterusan sehingga tahun 1778 apabila baginda mangkat lalu digantikan oleh putera baginda, Raja Ibrahim Marhum Saleh yang kemudian bergelar Sultan Ibrahim Shah (2).
Sepanjang pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Selangor menempuh pelbagai peristiwa antaranya, serangan tentera Belanda pada 13 Julai 1784 yang berjaya menawan kota Kuala Selangor.

Ini diikuti perjanjian kerjasama antara kerajaan baginda dengan kerajaan negeri Perak yang akhirnya membawa kepada perselisihan hutang piutang yang diselesaikan melalui campur tangan Robert Fullerton, Gabenor Inggeris di Pulau Pinang.Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah pada 27 Oktober 1826, anakanda baginda, Raja Muda Selangor dilantik menjadi Sultan Selangor dan bergelar Sultan Muhammad Shah (3).

Menurut sejarah, pemerintahan baginda dianggap lemah ekoran ketidakupayaan baginda untuk menguasai raja-raja dan para pembesar di daerah-daerah lain di Selangor.Oleh itu, berlaku perpecahan daerah di Selangor iaitu Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Lukut.Sungguhpun begitu sepanjang 31 tahun memerintah, baginda telah menampakkan beberapa perubahan dengan pembukaan lombong bijih timah di Ampang diikuti dengan pembinaan kedai-kedai bagi keperluan rakyat terutamanya para pelombong.

Kemangkatan baginda secara mengejut pada penghujung tahun 1857 menyebabkan timbul perbalahan di kalangan kerabat di raja dan para pembesar Selangor dalam soal memilih Sultan yang baru.

Keputusan akhirnya dicapai dua tahun kemudian untuk melantik Raja Abdul Samad Raja Abdullah sebagai Sultan Selangor dan bergelar Sultan Abdul Samad (4), biarpun hanyalah anak saudara kepada almarhum Sultan Muhammad Shah. Sejak permulaan permerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang mula mengeluarkan hasil diperdagangkan ke negeri-negeri Selat serta berjaya menarik kemasukan lebih ramai pelombong Cina.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin) selaku Wakil Yamtuan Selangor dan menyerahkan Langat sebagai hak milik menantunya itu.Selepas memerintah Selangor selama 39 tahun, Sultan Abdul Samad akhirnya mangkat ketika berusia 93 tahun pada 6 Februari 1898 lalu dimakamkan di Jugra dan disebut `Marhum Jugra’.


Almarhum digantikan oleh cucundanya,Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa pada 17 Februari 1898 dan bergelar Sultan Alauddin Sulaiman Shah (5). Semasa pemerintahan baginda,Selangor mula mengalami perubahan besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan kereta api dibina begitu juga meningkatnya pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Klang.


Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Klang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda. Namun begitu,beberapa bulan kemudian pada 30 Mac 1938,baginda pun mangkat dan dimakamkan di Klang dengan gelaran "Marhum Atiqullah".

Pemerintahan Selangor diambil oleh anakanda almarhum Sultan Alauddin Tengku Alam Shah yang ditabalkan pada 4 April 1938 dan diberi gelaran Sultan Hisamuddin Alam Shah (6).Kerajaan baginda bagaimanapun tidak kekal lama apabila dipaksa turun takhta pada tahun 1942 oleh tentera Jepun yang sebelum itu menyerang dan mengalahkan negeri-negeri Melayu. Jepun yang merasakan kekanda Tengku Alam Shah,Tengku Musauddin lebih layak menjadi pemerintah Selangor telah melantik baginda sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah (7)  dan Tengku Alam Shah diminta kerjasama membantu kekandanya dalam soal pemerintahan.

Penguasaan Malaya yang berubah ekoran kemasukan semula tentera Britain lebih tiga tahun kemudian turut mengubah struktur pemerintahan kerajaan Selangor kembali kepada pimpinan Sultan Hisamuddin Alam Shah. Berikutan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan Hisamuddin Alam Shah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara Persekutuan Tanah Melayu sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama disandang oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad. Berikutan kemangkatan baginda Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960,Sultan Hisamuddin Alam Shah pula dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua.

 Lima bulan kemudian,baginda pula mangkat pada 1 September 1960 setelah gering selama 27 hari lalu pemerintahan Selangor diterajui oleh putera sulung baginda Raja Abdul Aziz sebagai Sultan Selangor yang bergelar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (8). Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin banyak meninggalkan perubahan yang membanggakan rakyat lantas baginda tetap kekal dalam kenangan selepas kemangkatan baginda di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang pada pukul 11.57 pagi 22 November 2001. Anakanda Almarhum,Tengku Idris Shah pada 22 November 2001 dimasyurkan sebagai Sultan Selangor kesembilan bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah (9) 2001-sekarang.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah




     Masjid yang lebih dikenali sebagai Masjid Biru ini terletak di Shah Alam, Selangor. Ia adalah masjid terbesar di Malaysia dan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqal di Jakarta, Indonesia. Ciri-ciri yang membezakannya dengan masjid lain adalah kubah besar yang berwarna biru dan perak. Masjid ini juga mempunyai empat menara, di mana setiap satu didirikan di setiap sudut. 

     Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah menitahkan pembinaan masjid ini apabila baginda mengisytiharkan Shah Alam sebagai modal baru Selangor pada 14 Februari 1974. Pembinaan Masjid Biru ini bermula pada tahun 1982 dan telah siap pada 11 Mac 1988. Kubah masjid ini dibina terutamanya daripada alamunium adalah merupakan kubah agama yang terbesar di dunia dengan diameter berukuran 51.2 m dan ketinggian mencapai 106.7 m. Empat menara pula mempunyai ketinggian yang mencapai 142.3 m.




     Reka bentuk seni bina bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah merupakan kombinasi gaya Melayu dan moden. Masjid ini mempunyai kapasiti untuk menampung 24,000 umat Islam pada satu masa. Unsur-unsur seni bina Melayu dan Islam dimasukkan ke dalam kemasan bangunan. Hiasan khat iaitu kaligrafi Arab dapat dilihat pada lengkung dalaman kubah dan bahagian-bahagian dinding. Kerja-kerja kaligrafi telah disempurnakan oleh Shiekh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Reka bentuk gril aluminium yang rumit boleh didapati di pintu, tingkap dan dinding masjid. Tingkap dilengkapi dengan kaca berwarna biru untuk mengurangkan jumlah cahaya yang boleh masuk ke dalam dewan. Pencahayaan yang terhasil ditapis menjadikan suasana biru bagi ruang dalaman agar dapat merasai keamanan dan ketenangan.




     Dewan solat utama adalah melebihi dua tahap, iaitu mempunyai sepenuhnya permaidani dan berhawa dingin, di mana merupakan salah satu ruang yang terbesar di dunia. Galeri atas dewan solat dikhaskan untuk penggunaan untuk muslimah. Tingkat dua pula terdiri daripada sebuah galeri. Manakala, tingkat bawah pula mengandungi pejabat pentadbiran, bilik persidangan, perpustakaan, kaunter penyambut tetamu dan bilik kuliah. 

     Masjid ini terdapat sebuah Taman Kesenian Islam, iaitu sebuah taman landskap yang diilhamkan oleh Taman Syurga Al-Quran. Tanah suci rohani sebesar 14 hektar ini menempatkan sembilan buah galeri yang mempamerkan koleksi hasil kesenian Islam seperti kaligrafi, ukiran, lukisan dan seni bina. Ruangan ini kadang-kala digunakan untuk persembahan tradisional Islam.

Friday 14 October 2011

Gerbang Kota Darul Ehsan




     Gerbang Kota Darul Ehsan adalah melambangkan sempadan di Lebuhraya Persekutuan iaitu di antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Ia didirikan di atas laluan persekutuan dan merupakan gerbang yang terbesar di Malaysia. Reka bentuk gerbang ini menggabungkan pengaruh dari seni bina Moor atau seni bina Islam. Ini dapat dilihat pada kubah di atas gerbang. Selain itu, Kota Darul Ehsan juga mempunyai dua meriam pada setiap lengkungan.

     Gerbang ini melambangkan pengorbanan negeri Selangor kepada kerajaan persekutuan. Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menitahkan untuk membangunkan gerbang pada Februari 1974 sebagai memperingati penyerahan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan bagi membentuk Wilayah Persekutuan. Gerbang Kota Darul Ehsan telah dibuka secara rasmi pada tahun 1981. 

Thursday 13 October 2011

Lagu Negeri Selangor


Duli Yang Maha Mulia merupakan lagu negeri Selangor sejak 1967. Penulis lagu ini tidak diketahui, namun lagunya digubah oleh Saiful Bahri.




Lirik


Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa

Duli Yang Maha Mulia 

Peta Negeri Selangor



     Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah pentadbiran :
  1. Gombak
  2. Hulu Langat
  3. Hulu Selangor
  4. Klang, termasuk Pelabuhan Klang
  5. Kuala Langat
  6. Kuala Selangor
  7. Petaling, mengandungi Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
  8. Sabak Bernam
  9. Sepang, mengandungi Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Bendera Dan Lambang Negeri Selangor



Bendera Negeri Selangor



     Terdiri daripada empat bahagian yang berwarna kuning dan merah. Empat bahagian ini bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri Selangor. Bulan dan bintang pula adalah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi bagi negeri ini. Manakala, kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih pada bulan dan bintang tersebut. 


Lambang Negeri Selangor


     Anak bulan dan bintang merupakan tanda Agama Islam, iaitu agama rasmi Negeri Selangor. Tombak merah yang berada di tengah-tengah pula adalah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di sebelah kiri pula ialah Keris Panjang. Ketiga-tiganya (Sambu-warna, Keris Pendek dan Keris Panjang) adalah merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala, tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan bagi negeri Selangor. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai oleh pehlawan-pahlawan zaman dahulu sebagai  pengikat pinggang.

Sejarah Selangor Darul Ehsan

  
     Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

   Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

     Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.

     Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia 1948. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.

    Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.